Bantahan terhadap SOPA dan PIPA
Bantahan terhadap SOPA dan PIPA

Bantahan terhadap SOPA dan PIPA

Bantahan tapak web terhadap SOPA dan PIPA adalah suatu penutupan terjadual tapak-tapak web terhadap rang undang-undang Stop Online Piracy Act (SOPA) dan PROTECT IP Act (PIPA) di Kongres Amerika Syarikat. Bantahan ini berdasarkan kebimbangan yang rang undang-undang ini, dalam usahanya membanteras cetak rompak di luar Amerika Syarikat, mengandungi sukatan yang dapat merosakkan kebebasan bersuara dalam talian, tapak web dan masyarakat internet.Gerakan untuk membantah secara rasmi bermula apabila beberapa tapak web, termasuk Reddit dan Wikipedia Bahasa Inggeris mengambil keputusan menutup kandungan mereka secara sementara. Secara keseluruhan, lebih 115,000 tapak web[1] mengambil bahagian, sama ada secara keseluruhan ataupun hanya sebahagian. Selain bantahan dalam talian, terdapat juga bantahan jalanan di beberapa bandar di A.S., seperti di New York City, San Francisco dan Seattle.Kemuncaknya pada 18 Januari, Wikipedia Bahasa Inggeris ditutup selama 24 jam bermula pada 05:00 UTC (tengah malam Zon Waktu Timur),[2] dan menggalakkan penggunanya menghubungi wakil rakyat mereka.[3] Google pula meminta penggunanya menandatangani petisyen dalam talian.[3]Pada 20 Januari 2012, suasana politik dilihat berubah, dengan beberapa ahli politik menarik balik sokongan manakala undian kedua-dua rang undang-undang ditangguhkan.[4][5]

Rujukan

WikiPedia: Bantahan terhadap SOPA dan PIPA http://www.news.com.au/technology/wedsites-blackou... http://www.news.com.au/technology/wikipedia-may-bl... http://www.theage.com.au/technology/technology-new... http://www.abc.net.au/news/2012-01-17/wiki-to-go-d... http://www.cbc.ca/news/technology/story/2012/01/17... http://www.bloomberg.com/news/2012-01-19/google-pr... http://www.bostonherald.com/news/opinion/editorial... http://www.cbsnews.com http://www.cbsnews.com/8301-205_162-57359773/wikip... http://www.cbsnews.com/8301-205_162-57360291/googl...